Saturday 15 December 2012

Anak hilang dipasaraya.

Salam semua,

Minggu lepas, saya dan anak keluar ke pasaraya seperti biasa untuk aktiviti hari minggu iaitu ambil duit di ATM :). Pasaraya mana? Kalau di Terengganu antara pasaraya yang famous amous menjadi kegemaran ramai adalah Sabasun, pelik ke namanya bagi orang pandai barat, anak dara saya panggil Mesabasun kalau salah dengar jadi mesin basun :). Itulah transformasi anak2 sekarang.

So, nak dijadikan cerita, masuk ke ke Mesabasun terus ke ATM, punyalah leka ambil duit, lepas siap cari anak tak ada dekat-dekat situ. Biasalah kanak-kanak suka park dekat mainan kan. Satu lagi kegemaran anak saya adalah bahagian atas sabasun, sebab ada tangga boleh naik turun kira anak tangga. Dipendekkan cerita, jenuhlah saya mencari, semua bahagianlah, kat tempat sayur takde, tempat susu takde, berpusinglah mundir mandir kejap, carik, panik tuh tak payah cerita lah, berpeluh dan macam nak menangis dah. Tiba-tiba teringatlah, kami suami isteri selalu ajar dia, kalau sesat kat pasaraya pergi ke kaunter informasi, bagitau nama mama dan abah. Fuh!, Allah, ilhamkan saya untuk ke kaunter informasi, baru saya nak muka mulut tanya, adik kat kaunter tuh tanya cari anak ke? Tu hah. Hehehehehe... anak saya ada kat situh. Alhamdulillah. Relaks je duduk depan komputer yang ada dekat situh, sempat lagi nak main game. Perasaan masa tuh, Allah saja yang tahu, bayangkan orang yang betul2 hilang anak, mau pengsan or hilang ingatan, kering air mata nangis.

Jadi, kesimpulannya apa? Kita sebagai ibu-bapa, perlu ajarkan benda-benda asas macam ni, dan untuk saya, Alhamdulillah ilmu yang diajar sampai, dah telah digunakan pun. Pengajarannya apa, kalau untuk anak saya, dia dah tidak seberani dulu lari sana sini dalam pasaraya, heheh risau hilang lagi. Even kemana-mana dia akan pastikan saya berjanji untuk berada disesuatu tempat untuk berjumpa atau menunngu dia.

Satu lagi, pendidikan yang saya rasakan penting adalah, berkaitan stranger danger, rupanya buku yang kami as a parent terbeli dari salesman buku depan Maybank sangat-sangat membantu anak saya bertindak. Bangga jugak sekejap, bila anak dara saya lancar beritahu nama, umur, nama abah mama dsb. Alhamdulillah.

Sebelum saya terlupa, my anak dara is 5 years old, dan akan masuk 6 tahun pada tanggal 19 Disember ini. Akhir kata kepada semua ibu bapa sayangi anak anda, dan bila shopping tuh ingat2 lah kat anak heheh (pesanan untuk diri sendiri).

Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment