Monday 24 December 2012

Portal banjir - semakan amaran banjir

Salam,

Untuk maklumat terkini mengenai banjir boleh layari laman web http://portalbanjir.mkn.gov.myNegeri Terengganu dah start banjir, air luar biasa banyak tahun nie.










Wednesday 19 December 2012

Karma

Salam semua,

Anda percaya kepada karma? Ye, hukum karma. Hukum Allah. Doa orang yang teraniaya mudah dimakbulkan Allah. Bila karma ini boleh berlaku, mungkin bukan sekarang tapi nanti, kalau bukan nanti pun Allah pasti membalas semua dosa-dosa  yang kita tidak taubat di akhirat kelak.

Apa yang ingin saya ceritakan adalah, jika dimasa muda-muda dulu kita pernah berbuat kesalahan aka dosalah kan, bertaubat lah. Dari pengalaman saya yang masih mudah nak ke tua ni, perasan bila dah tua ada balasan yang akan kita terima.

Yang paling banyak berlaku apa? Masa mak ayah kita tua, sakit kita tidak pernah jaga mereka, tunggulah masa bila kita tua nanti, tengoklah macam mana anak-anak kita layan kita. Its happen, true, in front of my eyes. Bila kita renung-renung, setiap apa yang berlaku pada kita, ujian esp. adalah khifarah dari dosa-dosa kita, waima terpijak duri halus. (:

Apa yang saya suka doa hari-hari selepas solat, Ya Allah, janganlah engkau hukum anakku kerana dosa2 ku. Semoga Allah, mengampuni kita. Bak kata Ustaz Azhar idrus, semua orang pernah berbuat salah, tiada yang sempurna, taubatlah, Allah Maha pengampun kan. Taubatlah. Selagi ada masa ada nyawa.

Waallahuallam.

Sunday 16 December 2012

Menu Supper

Maggi kari pedas tambah cili boh goreng!

Resepi
1. Maggi kari sebungkus
2. Minyak zaiton
3. Cili boh

Cara masak
1. Panaskan minyak zaiton
2. Goreng bili boh sampai garing
3. Masukkan serbuk kari
4. Masukkan air 2 cawan
5. Masukkan telur sebutir
6. Masukkan mee maggi
7. Siap - tiada cadangan hiasan.

Teringat masa kat asrama block 10 dulu2. Jemput tengok!

Nuffnang - Complete Your Blogging Experience

Salam semua,

Macam mana nak dapat site income dari hobi yang satu ni, 'blogging'. :), pasti ramai yang dah tahu, hari kita nak share macam mana cara nak join nuffnang.


Caranya mudah sahaja:

1. Go to http://www.nuffnang.com.my/
2. Clik Join Nuffnang. :)
3. Next, fill in all the required info.
4. Done
-.-
So how nuffnang completes blogging?

                            

Now @ Nuffnang?

Check it out!
Enjoy!



Saturday 15 December 2012

Anak hilang dipasaraya.

Salam semua,

Minggu lepas, saya dan anak keluar ke pasaraya seperti biasa untuk aktiviti hari minggu iaitu ambil duit di ATM :). Pasaraya mana? Kalau di Terengganu antara pasaraya yang famous amous menjadi kegemaran ramai adalah Sabasun, pelik ke namanya bagi orang pandai barat, anak dara saya panggil Mesabasun kalau salah dengar jadi mesin basun :). Itulah transformasi anak2 sekarang.

So, nak dijadikan cerita, masuk ke ke Mesabasun terus ke ATM, punyalah leka ambil duit, lepas siap cari anak tak ada dekat-dekat situ. Biasalah kanak-kanak suka park dekat mainan kan. Satu lagi kegemaran anak saya adalah bahagian atas sabasun, sebab ada tangga boleh naik turun kira anak tangga. Dipendekkan cerita, jenuhlah saya mencari, semua bahagianlah, kat tempat sayur takde, tempat susu takde, berpusinglah mundir mandir kejap, carik, panik tuh tak payah cerita lah, berpeluh dan macam nak menangis dah. Tiba-tiba teringatlah, kami suami isteri selalu ajar dia, kalau sesat kat pasaraya pergi ke kaunter informasi, bagitau nama mama dan abah. Fuh!, Allah, ilhamkan saya untuk ke kaunter informasi, baru saya nak muka mulut tanya, adik kat kaunter tuh tanya cari anak ke? Tu hah. Hehehehehe... anak saya ada kat situh. Alhamdulillah. Relaks je duduk depan komputer yang ada dekat situh, sempat lagi nak main game. Perasaan masa tuh, Allah saja yang tahu, bayangkan orang yang betul2 hilang anak, mau pengsan or hilang ingatan, kering air mata nangis.

Jadi, kesimpulannya apa? Kita sebagai ibu-bapa, perlu ajarkan benda-benda asas macam ni, dan untuk saya, Alhamdulillah ilmu yang diajar sampai, dah telah digunakan pun. Pengajarannya apa, kalau untuk anak saya, dia dah tidak seberani dulu lari sana sini dalam pasaraya, heheh risau hilang lagi. Even kemana-mana dia akan pastikan saya berjanji untuk berada disesuatu tempat untuk berjumpa atau menunngu dia.

Satu lagi, pendidikan yang saya rasakan penting adalah, berkaitan stranger danger, rupanya buku yang kami as a parent terbeli dari salesman buku depan Maybank sangat-sangat membantu anak saya bertindak. Bangga jugak sekejap, bila anak dara saya lancar beritahu nama, umur, nama abah mama dsb. Alhamdulillah.

Sebelum saya terlupa, my anak dara is 5 years old, dan akan masuk 6 tahun pada tanggal 19 Disember ini. Akhir kata kepada semua ibu bapa sayangi anak anda, dan bila shopping tuh ingat2 lah kat anak heheh (pesanan untuk diri sendiri).

Wallahuallam.

Friday 14 December 2012

Dah Boleh Semak Bonus Disember 2012. NOW!

Khas buat kakitangan kerajaan, nanti jangan lupa semak bonus ada tak kat dalam payslip. Macam mana cara nak semak, sila lawati laman web dibawah. Semak jangan tak semak. Ooops nanti dulu, setakat pukul 11.36malam nie payslip belum keluar lagi... :) Gaji 18hb Dec, So mungkin esok kot payslip ye???



Step 1 : go to www.anm.gov.my


Step 2 : Choose epenyataGaji
Step 3 : Key in your ic no
Step 4 : Key in your password off course
Step 5 : Klik Daftar masuk (log in)

KES DERA ANAK TIRI Di Klang, Selangor. AKSI DERA Di RAKAM Isteri MEKANIK KEJAM

They are just not a human being! - Patut hukum gantung sampai mati! Stop sharing the video, to me, its like we are promoting cruel devil. I just cant even see the video. So, pity on his son. How could his mother just see and shoot the video, come on do something. To all mother out there, lets protect our children, by what ever means.

Thursday 13 December 2012

Malaysia kalah 0-2 vs Thailand

Tapi saya tetap bangga, sebab pasukan Thailand memang dasyat dan kita dah buat yang terbaik, cuma tak puas hati sebab Mat yoo selalu kena. Kesian dia, agaknya Thailand memang skill Mat Yoo.

Khairul Idlan Talaha @ Mat Yoo 
Pemain Kelantan


Piala AFF: PM bangga prestasi Harimau Malaya
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, pemain bola sepak negara telah berusaha bersungguh-sungguh dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand, malam tadi.
"Tengok 'Harimau Malaya' di rumah. Walaupun tewas, pasukan kita telah bersungguh-sungguh untuk mengharungi apa jua rintangan," kata Perdana Menteri dalam tweet terbarunya di sini.
Thailand layak ke final Piala AFF Suzuki 2012 selepas menewaskan Malaysia, 3-1 secara agregat pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand.
Kedua-dua pasukan sebelum ini seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember lepas. - Bernama


Durian Crepe

Millions thanks, Sis

BAHAN BAHAN
250 gm tepun gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan 
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan 
1 sudu besar  butter di cairkan 
2 sudu besar gula halus @ castor

CARA CARA
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati
Masukkan santan sedikit sedikit

*Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas.

Panaskan kuali non stick

Sapu sedikit minyak untuk kali. 
Masukkan sesenduk, ratakan.
Tidak perlu di terbalikkan.
Ulang hingga adunan habis di masak.


FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian  secukupnye
Cara menggulung @ melipat seperti di atas.


FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.


250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.



** Durian boleh digantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin @ apa buah yang disukai.

Sunday 9 December 2012

Malaysia Vs Thailand Seri 1-1


Keputusan penuh: Malaysia, Thai seri 1-1
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
9 Disember 2012
Harimau Malaya
Pemain kedua-dua pasukan Malaysia dan Thailand mencari peluang pada aksi separuh masa kedua. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
Harimau Malaya
Detik cemas pertemuan Malaysia-Thailand malam ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
Harimau Malaya
Aksi pertemuan Malaysia-Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
SKUAD kebangsaan gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
 
Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala Thailand menerusi Teerasil  pada minit ke-79.
 
Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu tiket ke final. Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan timbal balik.
Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kelima, kubu skuad Gajah Putih diuji, namun sepakan percuma yang dilaksanakan oleh Safiq Rahim gagal menembusi gawang lawan.
Pada minit ke-12, benteng pertahanan skuad negara pula diuji oleh dua percubaan dari jarak jauh, daripada Adul tetapi  tindakan pantas penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias berjaya menafikan percubaan itu.
Hasil serangan balas, skuad Harimau Malaya hampir berada di depan pada minit ke-18, tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha, yang turut dikenali Mat Yo, gagal mengatasi barisan pertahanan Thailand.
Peluang pertama Thailand hanya hadir pada minit ke-27 menerusi hantaran bahaya Datsakorn, begitu pun berjaya dikeluarkan oleh Mohammad Aidil Zafuan.
Thailand sekali lagi mempunyai peluang membolosi gawang lawan apabila cubaan Anucha memberi bola kepada Datsakorn dari sayap kiri dan Teerasil membuat hantaran pada minit ke-29, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan hantaran.
Selepas itu, cubaan Datsakorn mencipta peluang untuk Thailand terus tidak berjaya pada minit ke-44 apabila Aidil menghalang pemain lawan dari mengambil kesempatan.
Selang beberapa minit memasuki babak kedua perlawanan, belum sempat Thailand melakukan asakan, tandukan Mat Yo pada minit ke-49 hasil hantaran Mahali di sayap kiri telah menggegarkan stadium apabila meledak gol pertama buat Malaysia.
Thailand menggandakan asakan. Hantaran Piyapol Bantao dari sayap kanan pada minit ke-55 gagal dikawal rakan sepasukan dan Aidil menyepak bola keluar dari keadaan bahaya.
Mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong sendiri, Malaysia sekali lagi berpeluang menambah jaringan gol menerusi percubaan baik oleh Mat Yo, bagaimanapun pasukan tuan rumah gagal ambil kesempatan setelah dipesong keluar oleh Kawin.
Thailand nyata tidak berputus asa apabila terus melakukan serangan, namun Farizal berjaya menepis keluar percubaan Thailand dan tendangan sudut pasukan pelawat itu gagal mendatangkan hasil.
Kelekaan pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila penyerang sensasi Thailand, Teerasil menyamakan kedudukan dengan tandukan baik pada minit ke-79.
Mohd Safee cuba menguji benteng pertahanan Thailand pada minit ke-88, namun kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Senarai pemain Malaysia:
Mohf Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohammad Aidil Zafuan, Safiq Rahim (kapten), Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammudin Akil, Baddrol Bakthiar, Mohd Fadhli Mohd Shas


Senarai pemain Thailand:
Kawin Thamsatchanan (kapten), Panupong Wongsa, Theerapyhon Bunmathan, Chonlatit Jantakam, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lahsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao

Pengadil perlawanan: Torki Mohsen Ramezanali (Iran)

Thursday 6 December 2012

Malaysia vs Thailand 9 Disember 2012

Selamat Berjuang !!!


Harga Tiket Separuh Akhir Pertama Malaysia vs Thailand 9 Disember 2012 - Piala AFF Suzuki 
Harga tiket = RM40 untuk dewasa dan 
RM10 =  kanak-kanak. 
Tempat duduk bebas.

Sunday 2 December 2012

Tahniah Malaysia Menang 2-0 vs Indonesia


KUALA LUMPUR: Malaysia proved their doubters wrong when they beat Indonesia 2-0 in their final AFF Suzuki Group B match at the Bukit Jalil National Stadium Saturday night to qualify for the semi-finals.
Malaysia, who started the match slow, came alive after the 20th minute with goals from winger Azammuddin Mohd Akil in the 26th minute and right-back Mahali Jasuli in the 29th minute.
The match’s turning point came in when winger Wan Zack Haikal Wan Nor was moved to the right flank to push Azammuddin to the left and combine with right back Mahali Jasuli.
In another Group B match Saturday, Singapore demolished any hope Laos had of qualifying for semi-finals, winning 4-3 at the Shah Alam Stadium.
A brace from captain Shahril Ishak (45th and 52nd minutes) cancelled out goals from Khampheng Sayavitthi (21th) and Keonviengpheth Lithideth (39th).
Singapore sealed the game when Mohd Khairul Amri (63th) and Fazrul Nawaz (65th) found the net.
The win left Malaysia as the Group B runners-up behind leaders Singapore on goal difference, with seven points after three matches and a date with Group A champions Thailand at the same venue on Dec 9.
Singapore will face Group A runners-up Philippines the other semi-final match.

Guess What?