Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam semua,

Rasanya baru semalam sambut maulidur rasul bercuti, hari ni dah maulidur rasul 1434, pula datang. Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar, dah tua lagi setahun dah. Salah satu tanda hari kiamat nk datang, bila masa berlalu dengan pantas, rasa macam eh rasa macam baru semalam je beraya, dah nak puasa lagi.

So, sempena sempena Maulidur Rasul ini, agaknya macam mana cara kita sambut Maulidur Rasul? Berarak, bertakbir ke, selawat banyak2 ke.. atau.. tengok wayang.. or nonton tv sahaja..

Bagaimana agaknya cara kita tunjukkan kecintaan kita pada nabi kita junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Hmm... apa yang kita boleh buat, simple, mudah tapi berpahala..

1) Selawat banyak2
2) Bacalah sirah nabi banyak2 baru jatuh cinta M2b kalau baca sirah nabi sure nangis, antara kisah yang paling suka dibaca ulang2 kali, masa nabi s.a.w solat depan kaabah, abu jahal n the geng datang curah/sapu najid unta kat badan nabi s.a.w, pastuh fatimah r.a datang bersihkan dan marah dengan beraninya.. kat orang-orang kafir. Tengok betapa berani n sayangnya Siti Fatimah pada ayahandanya, kita? InsyaAllah.. bakal jadi anak solehah.
3) Ikut sunah nabi, jom esok pakai jubah ramai2 - pagi tadi dengar kat radio ikim, ada caller/listener cadang ok jugak, banyak lagi sunah nabi yang lain, antaranya.. cuti2 ni eloklah, panjangkan silaturrahim.

Cukuplah dulu.

No comments:

Post a Comment